Wednesday, 29 July 2015

sambungan bahagian ke 2 kisah ovary cyst

Sambungan kisah selanjutnya..harap bersabar ye

       Hari Rabu 1hb Julai 2015 masih sakit lagi kakak...doktor hanya bagi ubat tahan sakit untuk melihat keadaan dia sama ada stabil atau tidak. Doktor telah pun melihat dan scan perut syahirah dan dapati memang ada ketumbuhan yang di panggil ovary cyst. Penerangan doktor Jamil tentang pembedahan tu ada 2 cara :

1. Pembedahan tebuk 3 lubang untuk mengeluarkan dia tanpa operation. Risikonya ia akan merebak ke             tempat lain..jika ketumbuhan ok lagi..jika sebaliknya (kanser) bahaya.

2. Pembedahan secara menegak bawah pusat hingga ke atas faraj. Dimana ada kesan pembedahan dan             doktor boleh melihat kiri dan ke kanan perut jika ada masalah yang dihadapi.

Jadi, baik ambil pembedahan yang kedua.. iaitu pembedahan menegak ..tak kisah la ada parut ke..janji kakak selamat kan. So kakak kena lah puasa 1 hari lagi..dari semalam tak makan..ingat boleh operation, kesian kakak. hari ni boleh makan dah..esok kena puasa dalam pukul 11 tghri..apa lagi suka la dia dapat makan. Malam ada rasa sakit mencucuk..tapi nurse bagi makan ubat lagi untuk tahan sakit.

Sementara tu doktor hari tu ada meeting..walaupun begitu kena confirmkan dengan doktor bius dan team doktor Jamil. Aku merayu sangat2 dengan doktor Jamil..akhirnya dia bersetuju esoknya operation akan dilakukan. Alhamdulillah syukur allah makbulkan permintaanku di bulan Ramadan ini.

Sebelum operation tu, belikan makanan dia nak makan burger..ok la teringin bagi la makan kan..tak sampai hati. Layan je la..tidor kat hospital selama 4 hari..gilir2 dengan suami 1 hari kat HA mencabar sangat2 di bulan puasa..pengalaman berbuka bersama anak-beranak di Hospital.

suasana sebelum berbuka dari hospital

Berdetup detap hari Khamis 2hb Julai 2015 pukul 5 ptg kakak nak masuk bilik operation..stat puasa 11 tgh. Debaran melihat dia menghadapi saat ini memang menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu..aku cuba tak nak sedih dan tahan air mata aku..salinkan pakaian dia dan cuba tenangkan fikiran dia.  "kakak istigfar dan banyakkan berdoa kpd Allah, Allah kan sayang kakak, kakak orang terpilih untuk di uji olehNya". aku kata padanya lagi.."Sakit tu kan penghapus dosa kita, kakak sabar la ye, ibu kan ada". Aku kena kuat di depan dia supaya dia tak lemah. 
Aku tanya doktor boleh tak temankan dia dalam bilik bedah sementara hingga dia di bius..doktor mengizinkan.. masuk je bilik operation tu kakak menangis dan takut..Aku pegang tangannya dan tenangkan dia..supaya membengkokkan badan untuk cucuk epidural..hinggalah dia pengsan. Aku pun keluar dari bilik itu. Operation berjalan selama 2 jam..berakhir jam 7 pm..dan aku masih menunggu dengan penuh kesabaran di bilik menunggu. Sementara menunggu, kak ngah call tanya camane dia..dan tanya aku kat mane..aku kata kat bilik menunggu sebelah bilik bedah tu..tgkat 3. Kak ngah sekeluarga temankan aku disitu bagi menenangkan aku..aku ok je..tp dalam hati cukup risaukan dia. 
dewan bedah HA

Operation selama 2 jam dari 5 petang hingga 7 petang. Saat2 yang dinantikan semuanya berjalan dengan lancar. Cepat operation tu..di ketuai oleh doktor Jamil yang sangat pakar. 

kakak setelah operation diberi rehat sementara sebelum naik ke wad

Alhamdulillah, selamat dibedah dan doktor call aku sebab nak bagi tengok ketumbuhan tu..aku tak perasan..masa tu berbuka kat bawah dengan kak ngah sekeluarga. Apa lagi call balik..nurse ckp doktor nak bagi puan tengok..aku pun cakap ok jap saya naik. Alangkah terkejutnya.. allah sahaja yang mengetahui betapa besarnya ketumbuhan itu yang kita tak tau macamana kejadiannya.
selaput atas tu ovary kakak.. cyst tu di dalm ovary
 tengok tangan doktor dan cyst tu sama besar kan
ni ketumbuhan sebelah kanan
 2 kantung tu adalah ovary yang telah di jahit dan dicantumkan semula
dari kanan: kuning..usus lemak , sebelah dia tu cyst sebelah kanan..sebelahnya appendix..
bawah : ovary cyst tu yang telah di keluarkan
cyst yang ada rambut di atasnya ..macam kepala budak kan
ni appendix..juga dibuang..mengelakkan berjangkit terpaksa dibuang

surat pengesahan dari doktor ..mengatakan ada ketumbuhan di dlm perut

Tuesday, 28 July 2015

kisah anakku ovary cyst

Anakku yang pertama Operation Ovary Cyst

     Assalamualaikum, kisah ini adalah pengalaman diriku sekeluarga dalam bulan puasa bulan Ramadan tahun ini. Semoga kisah ini dijadikan panduan buat semua yang ingin mengetahui operation ovary cyst. Buat pertama kalinya debaran jantungku melihat kesakitan yang di alami oleh kakak anak sulungku Nursyahirah menduga perasaanku. Pada hari Sabtu 27hb Jun 2015, kesakitan sakit perut dia yg teruk seperti sakit appendiks dan gastik terjadi. Aku rasakan sakit perut biasa je..bawa la ke klinik macam biasa dan doctor berikan ubat gastrik dan sakit perut. Balik rumah ok la..rasa macam da kurang..petang macm pukul 5 petang macm tu sakit lagi. Keesokkan harinya pun macam dicucuk2 je perut dia, sedih dan tk tau nak buat camne lagi..hari Ahad tu bawa lagi ke klinik nak injit ubat tahan sakit untuk meredakan sakitnya itu. Alhamdulillah reda la beberapa jam..sakit makan lagi ubat tahan sakit tu lagi.
Klinik Pandan Indah

Pada malamnya, kakak cakap tk dpt tidur walaupun sakit dan risau bila tengok keadaan dia tu. Cuba redakan sakit dan fikiran dia supaya bawa tidur dan fikir yang baik2 je. Keesokkannya hari Isnin 29hb Jun 2015..mengadu sakit2 lagi dan rasa menekan2 katanya. Tak sampai hati dengan rasa sedih dan pedihnya perut dia tu..aku bawa la ke klinik yg terdekat untuk memeriksa sekali lagi sakitnya itu.  Sebenarnya, aku pun tk tau nk cakap macam mana kat doktor tu..yang aku ingat "doktor tolong lah doktor tenggokkan anak saya ni..sebab masih sakit dan tak reda kesakitan dia ni, tak tau nak buat camne dah". Doktor Poliklinik An-nisa yang memeriksa dia bagi tau ada sesuatu dalam perut dia tengok ada ketumbuhan sebesar 10 cm..dan air kencing dia masih kotor dan keruh.
objek yang nampak bila discan

Doktor nasihatkan refer pada hospital pakar yang berkenaan. Tak ingat doktor poliklinik tu apa namanya..tapi aku ucapkan terima kasih banyak2 ke atas prihatinan beliau. Ingat hari ni nak kerja ..tapi tk dapat kerja..ambil emergency la jawabnya. Tel ofis bagitau tk dapat datang kerja..camne nk kerja dengan keadaan kakak yg sakit dan asyik menangis je. Ibu mana yg sanggup nk tinggalkan anaknya dan teruskan kerja..tak sanggup aku.huhu..tapi insting ibu kan kuat dan rasa tak sedap hati sangat menebal jadi terus pergi ke hospital. Tel suami cakap nk ke hospital..dia cadangkan pergi ke Pantai Hospital kat cheras. Katanya ada cover untuk anak bila admit hospital bagi penyakit apa2 pun. Doktor Hospital Pantai buat scanning juga..sama katanya ada seperti ketumbuhan yg tak dapat dikenal pasti sebesar anggaran 10 cm tu. Bincang dengan doktor Suhaimi macamana nak buat doktor. Doktor kata kena segera buat operation dan kosnya terlalu mahal. anggaran RM15,000 ke RM20,000. Terduduk dan terkejut dengar dan itulah sahaja caranya untuk kes sebegini..  Akhirnya aku kata boleh tak doktor buat surat refer Hospital Ampang mungkin kosnya tak setinggi itu. Doktor kata... bole refer ke hospital Ampang bahagian pakar sakit puan (gyne) ..terus la pergi ke sana dengan bawa kakak serta merta. Sampai sana register macam biasa  bahagian pesakit luar dan tunggu giliran. Kena banyakkan sabar menunggu giliran..ambil darah dan jumpa doktor. Tunggu la bahagian emergency lama la juga berjam2. Doktor kata tak sakit anak awak ni..ok je saya tengok..Kita tengok dia tak ok sakit..doktor boleh plak cakap tak sakit..sebabnya da diberi ubat tahan sakit dari doktor.

Diringkaskan cerita ..mlm tu doktor kata kalau dia sakit kita akan refer bahagian sakit puan..atau masuk wad. sebab tak serius..agak2nya nak tunggu anak saya ni sakit teruk ke baru doktor nak ambil tindakan kan. sabar je la aku. Apa lagi kami sekeluarga balik la jawabnya..sakit hati kan!.. 
sebelum operation dan masa belum sakit tu datang


Hari berikutnya hari Selasa..kakak masuk wad juga akhirnya di Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. Macam2 la lagi prosedur doctor nak ct scan dan tumor blood untuk mengukuhkan lagi supaya boleh buat operation. Apa yang doktor nak.. kami buat kat Pantai Hospital ..kalau tunggu ct scan kerajaan selepas 2 minggu..jadi saya tak boleh tunggu..sebab kakak da sakit sangat2.Sebelum ct scan kena minum air merah (macam air sirap tu) sebyk 2 gelas untuk melalui proses dlm bilik ct scan.dan. kos RM2,000 di swasta. 
contoh bilik ct scan 
sumber : internet , air merah sebelum ct scan

Dari Pantai Hospital ke Hospital Ampang dah 2 kali pergi baru la dapat operation..nak jumpa doktor pakar Dr. Jamil pun memg susah kerana mcm2 halangan ..kena melalui doktor2 yang rasa macam pakar la. Doktor Suhaimi dari Pantai Hospital rekmen doktor Jamil, dimana doktor Jamil adalah doktor pakar di HA (hospital ampang). Sementara dapat result tu..kakak diminta amibil darah dan mcm2 lagi. 1 hari puasa pada hari tu..tetapi tak jadi..doktor Jamil bz dan kena tunggu lagi.