Hari Rabu 1hb Julai 2015 masih sakit lagi kakak...doktor hanya bagi ubat tahan sakit untuk melihat keadaan dia sama ada stabil atau tidak. Doktor telah pun melihat dan scan perut syahirah dan dapati memang ada ketumbuhan yang di panggil ovary cyst. Penerangan doktor Jamil tentang pembedahan tu ada 2 cara :
1. Pembedahan tebuk 3 lubang untuk mengeluarkan dia tanpa operation. Risikonya ia akan merebak ke tempat lain..jika ketumbuhan ok lagi..jika sebaliknya (kanser) bahaya.
2. Pembedahan secara menegak bawah pusat hingga ke atas faraj. Dimana ada kesan pembedahan dan doktor boleh melihat kiri dan ke kanan perut jika ada masalah yang dihadapi.
Jadi, baik ambil pembedahan yang kedua.. iaitu pembedahan menegak ..tak kisah la ada parut ke..janji kakak selamat kan. So kakak kena lah puasa 1 hari lagi..dari semalam tak makan..ingat boleh operation, kesian kakak. hari ni boleh makan dah..esok kena puasa dalam pukul 11 tghri..apa lagi suka la dia dapat makan. Malam ada rasa sakit mencucuk..tapi nurse bagi makan ubat lagi untuk tahan sakit.
Sementara tu doktor hari tu ada meeting..walaupun begitu kena confirmkan dengan doktor bius dan team doktor Jamil. Aku merayu sangat2 dengan doktor Jamil..akhirnya dia bersetuju esoknya operation akan dilakukan. Alhamdulillah syukur allah makbulkan permintaanku di bulan Ramadan ini.
Sebelum operation tu, belikan makanan dia nak makan burger..ok la teringin bagi la makan kan..tak sampai hati. Layan je la..tidor kat hospital selama 4 hari..gilir2 dengan suami 1 hari kat HA mencabar sangat2 di bulan puasa..pengalaman berbuka bersama anak-beranak di Hospital.
suasana sebelum berbuka dari hospital
Berdetup detap hari Khamis 2hb Julai 2015 pukul 5 ptg kakak nak masuk bilik operation..stat puasa 11 tgh. Debaran melihat dia menghadapi saat ini memang menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu..aku cuba tak nak sedih dan tahan air mata aku..salinkan pakaian dia dan cuba tenangkan fikiran dia. "kakak istigfar dan banyakkan berdoa kpd Allah, Allah kan sayang kakak, kakak orang terpilih untuk di uji olehNya". aku kata padanya lagi.."Sakit tu kan penghapus dosa kita, kakak sabar la ye, ibu kan ada". Aku kena kuat di depan dia supaya dia tak lemah.
Aku tanya doktor boleh tak temankan dia dalam bilik bedah sementara hingga dia di bius..doktor mengizinkan.. masuk je bilik operation tu kakak menangis dan takut..Aku pegang tangannya dan tenangkan dia..supaya membengkokkan badan untuk cucuk epidural..hinggalah dia pengsan. Aku pun keluar dari bilik itu. Operation berjalan selama 2 jam..berakhir jam 7 pm..dan aku masih menunggu dengan penuh kesabaran di bilik menunggu. Sementara menunggu, kak ngah call tanya camane dia..dan tanya aku kat mane..aku kata kat bilik menunggu sebelah bilik bedah tu..tgkat 3. Kak ngah sekeluarga temankan aku disitu bagi menenangkan aku..aku ok je..tp dalam hati cukup risaukan dia.
dewan bedah HA
Operation selama 2 jam dari 5 petang hingga 7 petang. Saat2 yang dinantikan semuanya berjalan dengan lancar. Cepat operation tu..di ketuai oleh doktor Jamil yang sangat pakar.
kakak setelah operation diberi rehat sementara sebelum naik ke wad
Alhamdulillah, selamat dibedah dan doktor call aku sebab nak bagi tengok ketumbuhan tu..aku tak perasan..masa tu berbuka kat bawah dengan kak ngah sekeluarga. Apa lagi call balik..nurse ckp doktor nak bagi puan tengok..aku pun cakap ok jap saya naik. Alangkah terkejutnya.. allah sahaja yang mengetahui betapa besarnya ketumbuhan itu yang kita tak tau macamana kejadiannya.
selaput atas tu ovary kakak.. cyst tu di dalm ovary
tengok tangan doktor dan cyst tu sama besar kan
ni ketumbuhan sebelah kanan
2 kantung tu adalah ovary yang telah di jahit dan dicantumkan semula
dari kanan: kuning..usus lemak , sebelah dia tu cyst sebelah kanan..sebelahnya appendix..
bawah : ovary cyst tu yang telah di keluarkan
cyst yang ada rambut di atasnya ..macam kepala budak kan
ni appendix..juga dibuang..mengelakkan berjangkit terpaksa dibuang
surat pengesahan dari doktor ..mengatakan ada ketumbuhan di dlm perut















No comments:
Post a Comment