Assalamualaikum, kisah ini adalah pengalaman diriku sekeluarga dalam bulan puasa bulan Ramadan tahun ini. Semoga kisah ini dijadikan panduan buat semua yang ingin mengetahui operation ovary cyst. Buat pertama kalinya debaran jantungku melihat kesakitan yang di alami oleh kakak anak sulungku Nursyahirah menduga perasaanku. Pada hari Sabtu 27hb Jun 2015, kesakitan sakit perut dia yg teruk seperti sakit appendiks dan gastik terjadi. Aku rasakan sakit perut biasa je..bawa la ke klinik macam biasa dan doctor berikan ubat gastrik dan sakit perut. Balik rumah ok la..rasa macam da kurang..petang macm pukul 5 petang macm tu sakit lagi. Keesokkan harinya pun macam dicucuk2 je perut dia, sedih dan tk tau nak buat camne lagi..hari Ahad tu bawa lagi ke klinik nak injit ubat tahan sakit untuk meredakan sakitnya itu. Alhamdulillah reda la beberapa jam..sakit makan lagi ubat tahan sakit tu lagi.
Klinik Pandan Indah
Pada malamnya, kakak cakap tk dpt tidur walaupun sakit dan risau bila tengok keadaan dia tu. Cuba redakan sakit dan fikiran dia supaya bawa tidur dan fikir yang baik2 je. Keesokkannya hari Isnin 29hb Jun 2015..mengadu sakit2 lagi dan rasa menekan2 katanya. Tak sampai hati dengan rasa sedih dan pedihnya perut dia tu..aku bawa la ke klinik yg terdekat untuk memeriksa sekali lagi sakitnya itu. Sebenarnya, aku pun tk tau nk cakap macam mana kat doktor tu..yang aku ingat "doktor tolong lah doktor tenggokkan anak saya ni..sebab masih sakit dan tak reda kesakitan dia ni, tak tau nak buat camne dah". Doktor Poliklinik An-nisa yang memeriksa dia bagi tau ada sesuatu dalam perut dia tengok ada ketumbuhan sebesar 10 cm..dan air kencing dia masih kotor dan keruh.
objek yang nampak bila discan
Doktor nasihatkan refer pada hospital pakar yang berkenaan. Tak ingat doktor poliklinik tu apa namanya..tapi aku ucapkan terima kasih banyak2 ke atas prihatinan beliau. Ingat hari ni nak kerja ..tapi tk dapat kerja..ambil emergency la jawabnya. Tel ofis bagitau tk dapat datang kerja..camne nk kerja dengan keadaan kakak yg sakit dan asyik menangis je. Ibu mana yg sanggup nk tinggalkan anaknya dan teruskan kerja..tak sanggup aku.huhu..tapi insting ibu kan kuat dan rasa tak sedap hati sangat menebal jadi terus pergi ke hospital. Tel suami cakap nk ke hospital..dia cadangkan pergi ke Pantai Hospital kat cheras. Katanya ada cover untuk anak bila admit hospital bagi penyakit apa2 pun. Doktor Hospital Pantai buat scanning juga..sama katanya ada seperti ketumbuhan yg tak dapat dikenal pasti sebesar anggaran 10 cm tu. Bincang dengan doktor Suhaimi macamana nak buat doktor. Doktor kata kena segera buat operation dan kosnya terlalu mahal. anggaran RM15,000 ke RM20,000. Terduduk dan terkejut dengar dan itulah sahaja caranya untuk kes sebegini.. Akhirnya aku kata boleh tak doktor buat surat refer Hospital Ampang mungkin kosnya tak setinggi itu. Doktor kata... bole refer ke hospital Ampang bahagian pakar sakit puan (gyne) ..terus la pergi ke sana dengan bawa kakak serta merta. Sampai sana register macam biasa bahagian pesakit luar dan tunggu giliran. Kena banyakkan sabar menunggu giliran..ambil darah dan jumpa doktor. Tunggu la bahagian emergency lama la juga berjam2. Doktor kata tak sakit anak awak ni..ok je saya tengok..Kita tengok dia tak ok sakit..doktor boleh plak cakap tak sakit..sebabnya da diberi ubat tahan sakit dari doktor.
Diringkaskan cerita ..mlm tu doktor kata kalau dia sakit kita akan refer bahagian sakit puan..atau masuk wad. sebab tak serius..agak2nya nak tunggu anak saya ni sakit teruk ke baru doktor nak ambil tindakan kan. sabar je la aku. Apa lagi kami sekeluarga balik la jawabnya..sakit hati kan!..
sebelum operation dan masa belum sakit tu datang
Hari berikutnya hari Selasa..kakak masuk wad juga akhirnya di Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. Macam2 la lagi prosedur doctor nak ct scan dan tumor blood untuk mengukuhkan lagi supaya boleh buat operation. Apa yang doktor nak.. kami buat kat Pantai Hospital ..kalau tunggu ct scan kerajaan selepas 2 minggu..jadi saya tak boleh tunggu..sebab kakak da sakit sangat2.Sebelum ct scan kena minum air merah (macam air sirap tu) sebyk 2 gelas untuk melalui proses dlm bilik ct scan.dan. kos RM2,000 di swasta.
contoh bilik ct scan
sumber : internet , air merah sebelum ct scan
Dari Pantai Hospital ke Hospital Ampang dah 2 kali pergi baru la dapat operation..nak jumpa doktor pakar Dr. Jamil pun memg susah kerana mcm2 halangan ..kena melalui doktor2 yang rasa macam pakar la. Doktor Suhaimi dari Pantai Hospital rekmen doktor Jamil, dimana doktor Jamil adalah doktor pakar di HA (hospital ampang). Sementara dapat result tu..kakak diminta amibil darah dan mcm2 lagi. 1 hari puasa pada hari tu..tetapi tak jadi..doktor Jamil bz dan kena tunggu lagi.







lepas tu..?
ReplyDeleteprocedur dari hospital ampang
Deleteboleh je nak share kan
ReplyDeleteThe King Casino Company - Ventureberg
ReplyDeleteIt was born in 1934. The 나비효과 Company offers ventureberg.com/ luxury hotels, If you don't https://septcasino.com/review/merit-casino/ have a poker room in your house, then you'll find a poker apr casino room งานออนไลน์ in the